1.

Pages

Monday, January 3, 2011

Pertunjukan Magic

Dengan hormat dan sukacita kaola memohon pandangan yang Dimuliakan Pehin mengenai permohonan Christophe ALEANDERE bagi mendapatkan kebenaran mengadakan satu pertunjukan ‘magic’ di Negara ini. Kumpulan ahli silap mata itu dikenali sebagai “Foxy and Ruby’s Magic Follies” yang dikatakan mempunyai berbagai keistimewaan dan kepakaran di dalam seni silap mata.

Answer:

الحمدلله الفتاح الوهاب الهادى الى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، واله وصحبه اجمعين .

Pengertian ‘Magic’

Di dalam kamus-kamus dan ensiklopedia Melayu, perkataan ‘magic’ diertikan antara lain :

(a) Ilmu mengawal kejadian dengan menggunakan kuasa sakti; ilmu sihir, ilmu ghaib, amalan kepercayaan primitive yang berdasarkan kepada kepercayaan kuasa ghaib, guna-guna.
(b) Ilmu mendapatkan hasil yang emnakjubkan seolah-olah dengan kuasa ghaib, silap mata (sulapan)
(c) Ilmu ghaib, suatu keyakinan dan cara yang dilakukan seseorang untuk menguasai kekuatan alam dan kekuatan super natural guna memenuhi keinginannya.
(Kamus Dwi Bahasa: Inggeris-Melayu h.752, kamus Inggeris-Melayu Dewan h. 916, Ensiklopedia Nasional Indonesia 10/27)

Di dalam pandangan orang-orang Eropah, aktiviti magic bermula dengan ahli-ahli silap mata yang mengelirukan orang ramai dengan tipu helah yang pantas, dan dengan ahli-ahli sihir yang mendakwa bahawa jampi-jampi rahsia mereka menguasai keajaiban-keajaiban alam dan undang-undang sains.

Hari ini tipu helah diersembahkan hanya sebagai hiburan oleh ahli ‘magic’ itu (ahli silap mata) yang- dengan beberapa pengecualian- menafikan sebarang ilmu ghaib atau kuasa sakti.

Bagi maksud ini pada lazimnya ahli silap silap mata pula menggunakan tiga jenis peralatan :

(a) Alat-alat yang benar-benar nyata sebagaimana yang dilihat penonton.
(b) Alat-alat yang secara rahsia disediakan untuk membantu pertunjukkan silap mata itu tanpa mengubah bentuk asalnya secara zahir.
(c) Alat-alat yang tersembunyi atau terlindung daripada penglihatan dan digunakan tanpa pengetahuan penonton.

Manakala persoalan ‘magic’ pada kebiasaannya mengandungi tiga unsur utama :

i) Jampi atau mentera
ii) Upacara itu sendiri
iii) Keadaan amalan orang yang melakukannya.

Khusus mengenai jampinya, ia mempunyai pantang larang tertentu yag perlu dipatuhi oleh ahli silap mata, dan sekiranya dia gagal mematuhinya, japinya akan gagal dan tidak berkesan.

Apabila ketiga-tiga unsur ini berhimpun, maka ahli silap mata itu ada yang dinamakan ahli sihir dukun dan pawang.
(encyclopedia Britanica : s. 40-672 dan m. 50)

Magic sama dengan sihir

Di dalam kamus-kamus Arab pula magic diertikan سحر – سيمياء – شعوذة ketiga-tiga perkataan ini dapat diertikan dalam bahasa Melayu sebagai sihir dan silap mata (magic).
Tetapi sesetengah kamus Arab – Inggeris hanya menjadikan erti ‘magic’ itu sebagai sihir sahaja. Kemudian membuat pengertiannya bahawa ahli silap mata mendakwa berkuasa melakukan kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan oleh kuasa manusia biasa. Keupayaan ahli silap mata ini berlaku menerusi bantuan kuasa di luar tabiat semulajadi, atau menerusi penguasaan terhadap kuasa ghaib.

Di antara pengertiannya lagi ialah satu cara meletakkan para penonton pada kedudukan melihat terjadinya sesuatu perkara asal, sedangkan ia tidak betul-betul terjadi. Dan perkara seperti itu boleh terjadi menerusi kuasa yang mereka namakan sebgai ‘sleight of hand’ (kecepatan tangan).

Walaupun ada yang hanya menjadikan ertinya sebagai sihir sahaja, namun perkataan شعوذة lebih sesuai dan lebih khusus dipakaikan bagi menyebut erti ‘magic’ yang diertikan sebagai silap mata mengikut pengertian bahasa Melayu itu, kerana di dalam kamus-kamus Arab lain ia diertikan sebagai “kecepatan tangan bagaikan sihir. Sesuatu itu dilihat oleh mata seakan-akan betul-betul terjadi” atau “kecepatan tanagn menimbulkan sesuatu yang menyerupai sihir.” (Mausu’ah Al-Mawarrid 6/ 169, lisan Al- Arab 3/495, Taj Al-Urus 2/566. Da’irah Ma’arif Al-Qarn Al-Isyrin 5/401)

Apabila pengertian ini yang dipakai bererti ‘magic’ ialah sejenis sihir dan mengikut pengertian yang mula-mula disebutkan bukan sejenis sihir, tetapi betul-betul sihir. Dan mencatatkan bahawa ‘magic’ bermakna sihir di dalam bahasa Arab.

Pengertian Sihir.

Perkatan sihir dari sudut bahasa bererti menimbulkan apa yang terpendam dan tersembunyi, atau sesuatu yang halus dan tersembunyi.

Dari sudut istilah ia mempunyai banyak pengertian dan ulama berbeza-beza pandangan dalam memberikan definisi sihir yang sebenar sebagaimana yang di sebutka di dalam Al-Mausu ah Al-Fiqhiyyah :

أما فى الإصطلاح فقد اختلف الفقهاء وغيرهم من العلماء فى تعريفه إختلافا واسعا

Ertinya: “adapun di dalam istilah,para ulama fiqh dan lain-lain mempunyai perbezaan pendapat yang amat luas tentang sefinisi sihir.” (24/259)

Di antara definisi berkenaan menyebutkan bahwa sihir ialah suatu perkara aneh daripada perbuatan menusia yang menyerupai seakan-akan menyalahi adat, tetapi ia bukan adat kebiasaan kerana ia terjadi berdasarkan beberapa kaedah dan cara-cara tertentu yang boleh dipelajari. (Abdul Khalik, As-Sihr : 108)

Manakala pengertian sihir sebenar mengikut Imam Al-Baidhawi ialah : “Perkara yang dihasilkan dengan bantuan syaitan daripada perkara-perkara yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh manusia, dan ia tidak terjadi kecuali bagi orang yang serasi dengan kejahatan dan berhati keji.” (tafsir al-Baidhawi 1/79)

Kemudian dari sudut tabiat sihir, sesetengah ulama berpendapat ia terbahagi kepada tiga, iaitu:

Pertama : Dari sudut bahasa yang bererti setiap sesuatu yang mempersona atau dasar pengambilannya amat halus dan tersembunyi.

Kedua : sihir yang disifatkan oleh Al-Quran sebagai khayalan yang boleh memperdaya mata, lalu mata melihat sesuatu yang tidak wujud.

Firman Allh Ta’ala :

قَالَ بَلْ أَلقُوا فَإذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيّهُمْ يُخَيّلُ اِلَيهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنّهَا تَسعَى

(سورة طه : 66)

Tafsirnya: “Nabi Musa menjawab : “ bahkan kamulah campak dahulu,” tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda itu berjalan, disebabkan sihir mereka.”
(surah Thaha :66)
Ketiga : sihir, sama ada ia sebagai helah dan silap mata atau perbuatan berdasarkan kemahiran ilmu secara rahsia yang hanya dikenali sesetengah orang dan boleh jadi ia terjadi kesan daripada jiwa yang berpengaruh.


Jadi mengikut golongan ini, sihir itu tegak di atas dasar satu-satu perbuatan (tindakan) yang boleh dipelajari dan dibiasakan menerusi latihan, dan ia juga mempunyai kaedah-kaedah tertentu, mempunyai asas-asas yang dapat difahami, dan mempunyai ahli dan guru-gurunya yang boleh mengajarkannya kepada orang lain. (Abdul Khalik, As-Sihr: 176)

Imam Ar-Razi di dalam tafsirnya Mafatih Al-Ghaib telah mengulas panjang lebar tentang persoalan sihir. Mengikut beliau, sihir itu ada lapan jenis, iaitu :

1. Sihir ciptaan golongan Al-Kazzabin dan Kasydaniyyin yang menyembah bintang-bintang yang tujuh. Golongan ini berfahaman bahawa bintang-bintang inilah yang mentadbir alam dan yang mendatangkan kebaikan dan keburukan. Golongan ini ialah kaum yang di bangkitkan kepadanya Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk menyangkal pendapat mereka dan menolak fahaman mereka.
2. Sihir yang datang daripada orang-orang yang kuat berpegang kepada sangka-sangkaan hati dan jiwa yang kuat, kemudian menjadikan sangka-sangkaan hati dan jiwa itu mempunyai kesan kepada apa yang menjadi punca timbulnya sangka-sangkaan itu.
3. Sihir menerusi bantuan roh-roh yang ada di bumi, seperti jin. Jin pula terbahagi kepada dua golongan. Islam dan kafir (syaitan)
4. Sihir khayalan dan tipuan pandangan mata (hipnotis) serta silap mata. Jenis ini berdasarkan kepada bahawa pandangan mata itu ada kalanya tersilap kerana pada masa yang sama ia tertumpu kepada sesuatu yangtertentu.
Sebagai contoh : seorang ahli silap mata mempertunjukkan atau mempertontonkan sesuatu yang mempesona para penonton dan menumpukan pandangan mereka kepada apa yang dipertontonkan itu sehinggalah perhatian para penonton tidak lagi beralih ke perkara lain, kemudian pada masa itulah dia mempertontonkan sesuatu yang lain pula dengan pantas dan cepat. Maka pada saat itu juga para penonton melihat sesuatu yang lain dengan penuh kegaguman.
Mengulas sihir jenis keempat ini, Ibnu Katsir berkata: “sesetengah ulama tafsir berkata, bahawa sihir yang diperlihatkan para ahli sihir di hadapan Firaun hanyalah daripada jenis silap mata.” (Tafsir Ibnu Katsir 1/250)
5. Sihir dalam bentuk tindaka-tindakan mengkagumkan yang muncul daripada susunan peralatan-peralatan tertentu.
Jenis ini termasuklah sihir para ahli sihir Firaun- mengikut sesetangah ahli tafsir. Tetapi ada juga yang berpendat jenis ini tidak termasuk sihir sebenar, kerana ia lebih mengutamakan latihan dan kemahiran.
6. Sihir menerusi bantuan khasiat bahan ubat-ubatan, yakni jenis makanan dan yang berminyak.
7. Sihir menerusi pergantungan kepada hati. Ahlinya berkata dia mengetahui Al-Ism Al-A’zham, atau jin mematuhi. Jin akan menakutkan hati mangsa.
8. Sihir menerusi cara mendekati secara ringan dan lembut. Perkara ini telah lumrah dalam masyarakat.

Imam Ar-razi berkata: “Golongan Ahli Sunnah berpendapat bahawa adalah harus berlaku tukang sihir boleh terbang di udara, menukar manusia jadi keldai dan sebaliknya. Namun mereka tetap berpendapat bahawa hanya Allah Ta’ala saja yang menjadikan kesemuaitu ketika tukang sihir membaca jampi-jampinya.” (At-Tafsir al-Kabir 3/187-193)

Sihir Merangkumi Silap Mata.

Setelah mencatatkan pembahagian jenis-jenis sihir, Ibnu Katsir berpendapat bahawa Imam Ar-razi telah memasukkan banyak jenis yang tergolong dalam sihir kerana sihir megikut anggapannya adalah suatu perkara yang halus dan lembut.
(Tafsir Ibnu Katsir 1/257)

Menurut pendapat Ahli Sunnah, sihir itu memang sabit dan wujud dan jenisnya banyak, di antaranya ialah apa yang wujud dan jenisnya banyak, di antaranya ialah apa yang dinamakan silap mata atau asy-sya’wazah.

Imam Al-Qurthubi beranggapan bahawa semua perkara yang tersembunyi daripada pandangan mata kasar manusia, sama ada silap mata atau memukau pandangan adalah termasuk dalam konteks sihir. (Tafsir Al-Qurthubi 2/46)

Berdasarkan yang dicatatkan di dalam Al- Mausu’ah Al-Fiqhiyyah (24/260-261) lafaz atau perkataan yang berkaitan dengan sihir itu ialah :

1. Asy-sya’wazah, yakni kecekapan tangan untuk bertindak bagaikan sihir, sehinggalah sesuatu itu dapat dilihat bukan lagi dalam bentuk asal.
2. An-nusyrah, yakni sejenis jampi penawar orang yang dikatakan diganggu jin.
3. Al- azimah, yakni tangkal yang digolongkan sebagai jampi.
4. Al- riqiah, yakni jampi penawar.
5. At-tallasam, yakni sesuatu yang di gantungkan pada tubuh badan yang dianggap ada kaitannya dengan bintang-bintang.
6. Al- aufaq, yakni angka atau huruf-huruf yang diletakkan pada sesuatu petak garisan tertentu.
7. At-tanjim, yakni meramalkan sesuatu berdasarkan bintang-bintang.


Contoh Sihir Termasuk Silap Mata:

1. Tukang Sihir Fir’aun:

Cerita tentang ahli-ahli atau tukang-tukang sihir fir’aun yang mencabar Nabi Musa Alaihissalam terkenal di dalam sejarah dan ia telah dirakamkan di dalam Al-Quran, khasnya di dalam surah Al-A’raf dan surah Thaha.
Cabaran dimulakan oleh tukang sihir dengan melemparkan tali-tali dan pelbagai tongkat mereka ke tanah lalu tali-tali dan tongkat yang mereka campakkan ke tanah itu terbayang kepada Nabi Musa alaihissalam dan para penonton- kerana sihir mereka seakan-akan semuanya bergerak dan berjalan.

Firman Allah :

فَلَمّا اَلقَوْا سَحَرُوا أَعْيُنَ النّاِس وَاسْتَرهَبُوْهم وَجَاءُوْ بِسِحْرٍ عَظِيمٍ

(سورة الأعراف : 116)


Tafsirnya: “Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar ( keadaan dan caranya)
(surah Al-A’raf : 116)

Tabiat semula jadi tongkat dan tali adalah diam dan tidak dapat bergerak sendiri tanpa bantuan pihak kedua.

Jika demikian halnya, mengapa tali dan tongkat yang mereka lemparkan kelihatan bergerak dan melata sedangkan tidak kelihatan ada penggeraknya?

Sebagaimana yang di sebutkan tadi, tali atau togkat hanya boleh bergerak dengan bantuan pihak kedua, sedangkan di dalam tali atau tongkat mereka tidak kelihatan ada yang menggerakkannya. Maka sudah tentulah ada rahsianya yang tersembunyi secara halus dan inilah yang dikatakan sihir. Rahsia berkenaanlah yang mencorakkan jenis sihir itu, sama ada ia jenis jampi, bantuan jin, kemahiran dan lain-lain.

Kemudian setelah tali dan tongkat-tongkat mereka yang di sihir sehingga kelihatan menjadi ular-ular yang bergerak berjalan itu, ditelan habis oleh tongkat Nabi Musa Alaihi ssalam yang menjelma sebagai ular besar, akhirnya para tukang sihir bertaubat daripada melakukan sihir dan beriman kepada Allah Ta’ala:



وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ اَلْقَ عَصَاكَ فَإِذَا هِى تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ ۝ فَوَقَعَ الحَقّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلون ۝ فَغُلِبُوا هُنَالِكَ وَانْقَلَبُوا صَغِرِينَ ۝ وَأُلقِى السّحَرَةُ سَجِدِين ۝ قَالُوا ءَامَنّا بِرَبّ العَلَمِينَ

(سورة الأعراف : 117-121)

Tafsirnya: “Dan kami wahyukan kepada Nabi Musa: “campakkanlah tongkatmu ! “ maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan ( dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah ( sihir) yang mereka telah lakukan.oleh itu, kalahkanlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merehatkan diri mereka sujud, sambil berkata : “ kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.”

(Surah Al-A’raf : 117-121)

2. Ahli silap mata zaman Al-Ayyubi:

Semasa Sultan Salahuddin Al-Ayubbi tiba di Syam dari Mesir, beliau dan para tenteranya berkemah di Medan Besar Kota Damsyiq. Lalu beliau menyaksikan pelbagai permainan termasuk bergusti di medan berkenaan.

Diantara yang datang bermain di tempat itu ialah seorang asing yang mempertontonkan permainan silap mata (شعوذة) .

Ketika memulakan silap matanya di hadapan beliau dan orang ramai. Dia mengeluarkan segulung benang daripada bajunya, hujung benang dikaitkan ke jarinya, kemudian dia memebalingkan gulungan benang itu dengan kuat ke atas, lalu dia memanjat tali itu sehinggalah dia tidak kelihatan. Tidak berapa lama kemudian sebelah kakinya jatuh dari atas kepada orang ramai dan bergerak masuk ke dalam khemah. Selepas itu jatuh lagi sebelah tanagnnya dan bergerak masuk ke dalam khemah, begitulah seterusnya satu demi satu anggota tubuh badannya berjatuhan dari atas dan bergerak-gerak masuk ke dalam khemah. Dan akhirnya lelaki berkenaan dengan tubuh badan yang elngkap keluar dari khemahnya berjalan ke hadapan Sultan Salahuddin dan terus tunduk di hadapan Baginda.

Selepas itu dia masuk semula ke dalam khemah, tetapi apabila dicari di dalamnya, dia tidak ada dan apabila khemah itu dipindahkan ke temapt lain, lelaki itu kelihatan keluar dari dalam.

Melihat ini orang ramai kelihatan terpegun dan terpesona, tetapi tiba-tiba Amir Sanqar Al-Akhlati geram melihat tukang silap mata itu lalu memenggal lehernya di hadapan orang ramai sambil memberitahu Sultan bahawa orang berkenaan sudah pasti salah seorang mata-mata musuh. (Abdul Khalik, As-Sihr :121-122)
3. Ahli sihir menyembah patung:

Syeikh Al-Adwi bercerita: “ Seorang lelaki yang hidup pada awal abad ini terkenal denagn kesanggupannya mempamerkan pelbagai perkara yang mempersonakan, termasuk mencari cincin yang dibuang kedasar sungai atau laut.

Apabila dia mati, anaknya berkeinginan meneruskan pekerjaan bapanya, tetapi ibunay menghalang dan member nasihat agar janagn melakukan apa yang pernah dilakukan bapanya itu., si anak bertanay – mengapa ibunya menghalang, lalu ibunya pun membuka sebuah almari dan mengeluarkan sebuah patung kecil, kemudian berkata: “Bapamu sebenarnya sujud kepada patung ini supaya dia mendapat bantuan syaitan mempamerkan perkara-perkara yang aneh-aneh, oleh itu janganlah engkau kufur seperti bapamu.”
(Abdul Khalik, As-Sihr h. 126 -127 )


Hukum

Secara umumnya, pengalaman sihir adalah diharamkan dan ia termasuk salah satu dosa besar.

Imam Nawawi berkata :

ويحرم فعل السحر بالإجماع ومن اعتقد إباحته فهو كافر

Ertinya : “Dan diharamkan melakukan sihir dengan ijma’ dan sesiapa yang berfahaman harus, maka dia kafir.”
(Raudhah Ath-Thalibin 9/ 346)

Di antara dalil pengharaman sihir itu berdasarkan hadis Rasulullah Shallahu alaihi wassalam :

اجْتَنِبُوا السّبْعَ المُوبِقَاتِ ، قَالُوا يَا رَسول الله ومَا هُنّ ؟ قال : الشِّركُ باالله والسحر ... الحديث

( رواه البخاري ومسلم )

Maksudnya: “ Kamu jauhilah tujuh perbuatan yang merosakkan,” sahabat bertanya : “wahai Rasulullah apa dia yang tujuh itu?” baginda menjawab : “Syirik kepada Allah, sihir… (sehingga akhir hadis).”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesetengah ulama memang ada yang berpendapat adanya perbezaan sihir sebenar yang diharamkan itu dengan sihir tertentu yang hanya dalam bentuk permainan sahaja menerusi kemahiran yang mempesona dan menakjubkan para penonton, tidak menakutkan atau memudaratkan sesiapaun. Ulama yang berpendapat seperti ini termasuklah Imam Al-Baidhawi yang menganggapnya tidak tercela. Beliau berkata di dalam tafsirnya :

“Adapun perkara yang mengkagumkan daripada jenis sihir, sebagimana yang dilakukan oleh orang-orang yang mahir membuat helah menerusi pelbagai peralatan, atau apa yang dipertunjukkan oleh orang yang mahir melakukannya menerusi kecepatan, tidaklah tercela. Dan ia dinamakan sihir hanya sebagai meminjam perkataan sihir sahaja kerana kehalusan atau ketersembunyiannya yang ada padanya, di mana sihir sebenar pada asalnya ialah yang halus dan tersembunyi puncanya.” (Tafsir Al-Baidawi 1/ 79)

Persoalan Tersembunyi.

Yang mengenali jenis Magic atau sihir hanyalah ahli tukang sihir sahaja. Para penonton tidak dapat memastikan sama ada ahli magic atau tukang sihir yang membaca mentera, jampi atau mendapat bantuan dari jin atau sama ada berdasarkan kemahiran semata- mata tanpa memasukkan unsur-unsur lain ketika melakukan aktiviti magic atau sihirnya itu.

Sudah barang tentu mereka yang terlibat dengannya, sama ada di atas nama sihir, magic atau silap mata, tidak sekali-kali akan memberitahu rahsia atau punca asas dalam kerja-kerja mereka itu.

Oleh yang demikian, bagi orang yang bukan ahli sihir, magic atau silap mata, latar belakangnya, khasnya silap mata, adalah tersembunyi, sedangkan secara umum semua jenis sihir adalah diharamklan. Oleh itu magic atau silap mata adalah lebih sesuai digolongkan sebagai sihir yang dilarang itu, kecuali jika ia betul-betul berdasarkan kemahiran atau kepakaran dan kecepatan mempergunakan peralatan tertentu yang tidak membahyakan atau memudaratkan sesiapa, sama ada dari segi aqidah atau perbuatan sebagimana yang disebutkan oleh Imam Al-Baidhawi di atas.

Walaupun begitu, sebagaimana yang disebutkan, perkara ini hanyalah diketahui oleh ahli atau tukang sihir itu sendiri, bukan ornag lain. Nagi orang-orang yang tidak mengetahuinya, ia tetap digolongkan sebagai sihir juga.

Merujuk kepada perkara ‘magic’ yang dipohonkan pandangan mengenainya, maka saya beranggapan kedudukannya adalah sama seperti yang saya terangkan di atas. Walaupun ia dikatakan sebagai seni silap mata, dan mempunyai juruteknik dan perkakas yang banyak, namun kita tidaklah mengetahui adakah mereka ‘tidak membaca jampi dan mentera’ atau ‘mendapat bantuan jin atau syaitan’, dan perkara ini tentulah akan mereka rahsiakan, dan bahkan mungkin mendakwanya sebagai tidak menggunakan apa-apa selain kemahiran dan peralatan sahaja.



Di samping itu, perkara yang biasa terjadi ialah pertunjukkan itu dibantu oleh perempuan-perempuan yang mendedahkan aurat atau gaya pakaian yang tidak sopan. Maka menolong atau member kebenaran bagi pendedahan aurat itu adalah menolong terjadinya maksiat. Ini semua tergolong perkara dosa dan akan di pertanggungjawabkan di akhirat.

Firman Allah Ta’ala :

وَلا تعَاوَنُوا على الإِثْمِ والعُدْوَن

(سورة المائدة :2)

Tafsirnya : “dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat) dan pencerobohan.”

(Surah Al-Ma’idah : 2)

rujukan : www.e-infad.my

Monday, December 27, 2010

i love my mother's reaction(reaksi ibuku yang tersayang)

Aku masih ingat my 1st magic show depan mak aku..time tu aku 11 tahun and baru balik dari sekolah..baru kutahu ibu sangat geli dan takut pada lipas...ibuku menyuruh aku menghalau seekor anak lipas menggunakan sebatang penyapu kerana anak lipas itu mengganggu kosentrasi aku dan ibuku yang sedang menonton tv..dipendekkan cerita,aku secara tidak sengaja terbunuh anak lipas itu kerana aku tertekan penyapu itu terlalu kuat ketika menghalau anak lipas tadi.aku kasihan tetapi apabila aku melihat anak lipas yang mati itu,comel jugak lipas ni..lalu aku memberanikan diri untuk memegang anak lipas yang kecil itu.ya,sangat cute....
"jet,beli telur..."pesan ibuku pada petang hari yang sama.ibu mahu membuat kek bingka(kek kegemaranku)...ibu memberi aku sekeping duit syiling seringgit berwarna emas.(syiling seringgit tidak lagi digunakan sekarang)..pada ketika itu,aku sedang menggenggam anak lipas tadi..
"wah,syiling ni ajaib lah!"kataku pada ibu..
"apa yang ajaibnya?"tanya ibu..aku menyuruh ibuku melihat syiling itu baik baik,lalu aku meletakkan syiling itu diantara jari ibu dan telunjuk tangan kananku.dalam masa yang sama,anak lipas tadi berada di tengah tengah telapak tangan kananku tapi ibu tidak menyedari kerana anak lipas itu tidak kelihatan dari arah hadapan..lalu aku menggunakan tangan kiri dan berpura pura ambil syiling seringgit dari tangan kanan sedangkan aku ambil anak lipas tadi.
"nah,ibu tadah tangan ambil duit ni.."kataku pada ibu.ibu pun tanpa ragu menadah tangannya,lalu aku meletakkan anak lipas tadi di telapak tangan ibu...reaksi ibu??ah...............!!!!!!ibu teriak kuat dan melemparkan anak lipas tersebut dan dalam masa yang sama aku ketawa terbahak bahak melihat telatah ibuku.akhirnya ibu juga ketawa kerana anak lelaki manjanya ini sungguh nakal mengenakan dirinya..
aku sangat sayangkan ibu,setiap kali aku teringat telatah ibu dulu aku tersenyum namun mataku mudah berkaca,merindukan saat itu...ketika ini,apabila aku membuat persembahan silap mata,aku lebih gemar membuat silap mata 'nakal' pada kaum ibu dan makcik kerana reaksi mereka membuatkan aku merasa sentiasa disamping ibu...i love u so much Andi Nursiah Bt Andi Mapiara,ibu tersayangku....